
Apakah harga sebenar setitis air mata dan sebuah tangisan?
Percayakah sebenarnya hati kita begitu keras? Lebih keras dari batu. Sedangkan batu bila dihempap air betubi-tubi lama-lama akan berbekas jua. Melihat orang menangis membuatkan kita juga menangis. Tetapi berkesankah dihati? Mungkin sebentar cuma. Hakikatnya, ia tidak meninggalkan sebarang kesan dihati. Mendengar ayat Al-Quran dibacakan ibarat tiada kesan. Bukan telinga yang dipekakkan, tetapi hati yang dibekukan. Beku dan begitu keras untuk merasakan amaran Allah dalam Al-Quran yang mengancam, beku untuk merasakan hubb dan kasih sayang Allah dan Rasul-Nya. Hati ini belum pernah merasa apa itu cinta sebenar dan hakiki kerana ia telah terkunci rapat untuk merasakan cinta itu.
“Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapar azab yang amat berat” ( Al-Baqarah: Ayat 7)
Mengapa ini bisa berlaku? Ianya membeku dan terkunci. Kerana? Noda-noda hitam telah meliputinya. Noda-noda hitam yang berbekas kerana maksiat-maksiat yang telah dilakukan. Dengan hati ini, bagaimana kita dapat merasakan setiap kasih yang dilimpahkan Allah kepada kita? Hati ini sememangnya layak diganti baru. Ingatlah sahabat, jika hati itu elok, eloklah keseluruhannya, jika rosak hati itu, rosaklah keseluruhannya. Firman Allah :
“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakit itu, dan mereka mendapat azab yang pedih kerana mereka berdusta” ( Al – Baqarah : Ayat 10)
Namun, di satu ketika, Allah menurunkan pelbagai musibah sebagai ujian yang disebaliknya terkandung hikmah. Di kala ini,air matalah menjadi rencah dalam kehidupan bagi mencari secebis ketabahan. Mudah saja air mata menitis gugur ke bumi kerana merasakan kekacauan dan keresahan hati yang tak menentu. Kita hanya mampu mengalirkan air mata lebih-lebih lagi pabila bersendirian di tengah malam. Allah itu Maha Mengetahui hamba-hambaNya. Hati ini cair dan lebur. Tersangatlah hebat musibah yang diturunkan Allah sehingga hati yang membeku selama ini cair dan dilimpahi tangisan. Tangisan yang kadang kala tidak menentu. Sedih megingatkan kehidupan yang semakin kelam dan tenggelam. Sedih mengingatkan cinta yang tak kesampaian. Sedih mengingatkan hari-hari mendatang yang tidak dapat ditafsirkan.
Namun, tangisan itu adalah keduniaan cuma. Hati ini lupa dan lalai. Dunia itu
Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa diakhirat kelak, antara golongan manusia yang mendapat perhatian Allah SWT ialah mereka yang menangis kerana Allah Taala. Allah SWT berseru, “ Dimanakah hamba-hamba-Ku yang menangis?” Lalu Allah SWT memerintahkan para Malaikat-Nya supaya membawa hamba-hamba-Nya yang menangis di siang hari lebih-lebih lagi di malam hari kerana mengenangkan dosa-dosa mereka.
Sebanyak mana air mata yang mengalir kerana takutkan kemurkaan Allah, maka ia akan ditimbang bersama-sama dengan darah para syuhada yang tumpah kerana memperjuangkan dan mempertahankan agama Allah. Air mata itu juga akan ditimbang bersama-sama dengan dakwat ulama yang telah menulis berbagai-bagai kitab yang memperjelaskan hukum-hakam dan syariat Allah SWT supaya difahami dan diamalkan oleh manusia.
0 comments:
Post a Comment